Sunday, January 11, 2009

Marilah Bantu Palestin...

Salam to all,

Sebelum korang mula baca tulisan aku nih, aku nak ucap terima kasih pada yang empunya blog sebab sudi paparkan dalam blog akusape. Sebenarnya aku nak berkongsi tentang sebuah buku yang menceritakan pengalaman jadi volunteer di Palestin. Buku nih aku terjumpa masa nak beli kitab untuk mak aku kat kedai buku di Jalan TAR (lupa la nama kedai tu). Aku pun terus beli dan baca bila aku balik ke kampus. Bagi pendapat aku korang patut beli dan baca buku nih sangat..sangat. Junior aku cakap jualan buku nih pun akan disumbangkan untuk Palestin.
Walaupun dan cetak kali ketiga, tapi segala penerangan serta event yang diterangkan macam yang sedang berlaku sekarang nih. Tak dapat la aku nak describe sebak betul rasanya. Sebagai manusia dan seorang Islam aku hanya dapat lihat dari tv je, selain doa ini je lah yang dapat aku sumbangkan. Nak jadi volunteer skill apa la yang aku ada..skill nak balut bandage pun tak lepas!!! Dengar mercun pun kecut ni kan lagi roket dgn bom. Emm.. apa pulak sumbangan korang untuk Palestin???
Kat sini aku sertakan tajuk, author dan publisher buku nih. Sapa yang dah baca buku nih, bacalah lagi. Bagi yang tak penah tu rugi korang tak beli at least kita bantu dengan cara ni. Sekian..

Title: From Beirut to Jerusalem
Author by: Dr Ang Swee Chai
Publisher: The Other Press, Kuala Lumpur.

ni lah front cover buku.. selamat membaca!

From : Wekco100109

6 Comments:

Blogger zairi said...

waaa...penulis dia bangsa cina tu...dia lagi perihatin dari bangsa kita?

4:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Penulis nih asal dari Penang.. rakyat malaysia tp berkahwin dgn Singaporean dan migrate so very interesting story!!

11:34 AM  
Blogger eYe oF aNt said...

Aku pn nak bli n bca buku tu.. Tp kt mane aku nak dpt aa? Hurmmm..

3:27 PM  
Blogger greenieycactus said...

xtaw pape pon..huhu

6:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

doctor tu doctor singapore..
die tertanye patot ke die rawat askar israel padahal kalo die ubat askar tu ttp akan trus mmbunuh??
em mcm2 la..
hidop palestin!!
bgus r artikel ni..
tunjukkan kite ni peduli..

9:43 PM  
Anonymous wekco said...

Bagi sape2 yg nak cari buku nih, aku bli di kedai buku kat Jalan Tunku Abdul Rahman, aku rasa kat mana2 kedai buku ada kot. Just bgtau tajuk dgn author.. cari jgn tak cari

10:59 AM  

Post a Comment

<< Home