BeFunky...
Buat effect kat gambar korang - BeFunky(klik sini)


AkuSape! sudah mencapai 3 tahun berkat dari pelawat-pelawat setia yg sudi menjenguk blog AkuSape! ini.Kepada suma pelawat-pelawat jutaan terima kasih yang tidak terkata dari AkuSape! kepada anda suma...TANPA ANDA AKUSAPE! TIADA SAPE...
File2.ws adalah website yang membolehkan kita upload file dan convert kepada online webpage.Setiap webpage yang dibuat akan diberikan alamat web yg berlainan dan korang boleh share file yg korang upload dengan rakan-rakan.File yg boleh diuploadkan dan diconvert adalah seperti file photo,audio,doc,programing code dan winzip.Cara guna korang hanye perlu browse file korang dan start convension kemudian tunggu untuk menerima url anda..
Luka Press Release
Photovisi adalah web dimana kita boleh membuat gambar kita menjadi collages dan menjadi sebagai wallpapers.Cara guna amat mudah..pilih saje template collage yg diingini kemudian klik template tersebut.Kemudian korang buleh upload gambo korang samada dari Flickr atau dari dalam pc.KEmudian upload gambo korang yg diingini.Lepas dah upload suma.Korang klik untuk continue dan korang leh download image korang yg korang upload tadi.Terdapat beberapa pixel untuk korang download mengikut kesesuaian screen komputer atau laptop korang..
Collagekan gambo korang - Photovisi(klik sini)
Flowers2mail adalah web dimana kita boleh menghantar bunga secara online kepada sesiapa yang kita inginkan melalui emel.Cara menghantar amat mudah.Memula skali perlu memilih bunga yang disediakan dengan hanya mendrag kedalam pasu.Boleh meletakkan berbagai jenis bunga.Kemudian korang boleh pilih pasu bunga ikut cita rase korang.Selepas itu korang leh tulis ucapan korang kat tempat disediakan.Akhir skali korang leh taipkan emel kepada saper bunga itu mahu diberikan dan boleh memilih tarikh bila mahu dihantar dan klik send.kini bunga anda telah dihantar..
Kepada semua peminat Jay-Z dan Radiohead...DJ Minty Fresh Beat telah mengabungkan Jay-z dan Radiohead menjadi Jaydiohead.Bagi aku gabungan yang sangat bagus.Korang juga boleh dapatkan album "Jaydiohead" secara free di website Jaydiohead
Web Tilt Shift Maker adalah web untuk membuatkan gambar korang menjadi seperti patung model.Korang hanya perlu upload gambo korang kemudian ko hanya perlu adjust bahagian maner yang hendak diblurkan.Utk melihat hasil klik "preview" manakala utk download gambar klik "get full size".Kat bawah ni contoh gambar yang aku buat..enjoy..
Terima kasih kepada Belia Pasar Minggu kerana memberitahu tentang web ini.Web Loonapix adalah web kita buleh menampalkan gambar kita di effect-effect yang disediakan.Terdapat 3 kategori iaitu Loonapic Effect,Photo Frames dan Photo Trim korang hanye perlu pilih salah 1 effect..Cara amat mudah iaitu dengan men'upload' gamba kemudian pilih template yg korang ingini dan akhir skali klik create..Dibawah adalah contoh loonapix effect.
buat effect gambar - Loonapix(klik sini)
Youtube Greeting Card membolehkan kita menghantarkan video kepada kawan-kawan kita melalui emel.Korang hanya perlu pilih video mana yang korang nak samada yang dah sedia ada atau dari dalam simpanan youtube korang atau korang boleh rekod ucapan gunakan webcam.Selepas pilih video korang boleh pilih background untuk video korang,tulis ucapan dan tulis emel kawan yang nk video tu disampaikan.Akhir sekali tekan butang "send this greeting card".
Drawminos adalah web dimana kita bermain ngan domino.Di situ ada beberapa jenis domino yang boleh kita tengok seperti contoh diatas bernama spirals.Korang juga boleh create sendiri domino korang..tapi kesabaran menyusun domino amatlah penting heheheh...
TinyTag adalah website dimana kita leh buat tag kita macam kat atas tu.Cara amat senang hanya perlu masukkan text dan pilih colour dan juga size tag yang dikehendaki akhir skali klik make taq.
Smoke Signal adalah website utk kita menghantar mesej kepada rakan2 kita mengunakan peta dan asap.Cara amat mudah hanya perlu pilih lokasi peta yang ingin diberikan mesej kemudian klik next dan bubuh mesej kemudian anda buleh pilih utk meng'emel' mesej kepada rakan-rakan korang atau kasi direct link atau bubuh link di blog korang.

Web UploadGround ini membolehkan korang suma meng'upload'kan file korang ke beberapa file hosting seperti rapidshare,megaupload,zshare dan banyak lagi.Caranya amat mudah hanya perlu upload file korang dan pilih hosting yang maner korang nak host kan dan start upload.Kemudian satu link akan diberikan dimana link itu mempunyai senarai file yang telah di'host"kan.
Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini.Blog AkuSape! ingin mengucapkan selamat hariraya kepada suma muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia dan pelusuk dunia internet ini tidak kira siapa dan usia dan pangkat dan darjat.Dikesempatan ini Blog AkuSape! ingin meminta maaf sekiranya Blog AkuSape! ade membuat salah dan silap tersalah taip di blog ke..blog akusape ader meyinggung perasaan sesuatu pihak ke..ada permintaan lagu yang tidak dapat ditunaikan..dan segala macam lagi harap korang maafkan.Harap korang suma balik kampung atau balik bandar atau balik mana saja dengan perasaan yang gembira sempena hari yang mulia bakal tiba nanti.Korang balik kampung dengan hati-hati.Kunci pintu rumah suma,tgk kesihatan kereta,motor,kapal terbang,helikopter korang.Check balik tiket bas takut tersalah destinasi yang ditujui dan akhir sekali SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP DARI AKUSAPE! KEPADA SUMA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG INI...
Harini adalah harijadi aku yang ke 26 tahun.Aku sudah meningkat tua..tidak...Aku ingin mengucapkan tima kasih kepada suma yang wishkan besday aku dari jam 12 pagi tadi sehingga kini.Kepada suma yang menyambut besday pada 16 September ini sama dengan aku tidak kira dimana jua korang berada...aku ucapkan "Happy Birthday atau Selamat Harijadi".
Kyolo adalah web yang membolehkan kita meletakkan bubble speech didalam gambar kita.Sangat mudah dan senang.Hanya perlu upload gambar korang dan kemudian taruk text korang di tempat yang disediakan kemudian save.Korang leh emel terus kepada kawan-kawan korang atau taruk kat dalam blog atau forum.Gambar diatas adalaah contoh bubble speech.
AkuSape! ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.Semoga perbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.Jangan lupa puasa tau...hehehe...

Youserials adalah web search engine untuk mencari serial number dan key utk software korang.Dalam erti kate lain pirate la ni.Korang hanya perlu taip je name software yang korang nak dia punya serial number atau key dier dan kemudian korang klikla maner yang korang rase samer ngan software korang dan disitu serial number atau key akan dikeluarkan sangat mudah.
Wah...bestnye cheq advertlets dah sampai..hehehe...first time aku dpt cheq hasil dari blog Akusape!..sungguhpon cheq bulan Feb,March aku tak dapat tapi aku bersyukur sbb dpt cheq bulan April..Advertlets korang masih hutang aku lagi 2 cheq tau..jgn buat-buat lupa ye..
Korang mesti teringin nk buat hero korang sendiri kan..macam superman,batman,captain planet dan superhero yang lain.Web yang aku nk citer ni korang leh buat watak hero korang sendiri best tau.Korang hanye perlu pilih ape baju nk pakai,style rambut camner dan byk lagi stail2 yang korang leh pilih.Kat bawah ni superhero aku sendiri..
Buat superhero korang - Hero Machine(klik sini)
Mase aku jenjalan kat blog Gaya Ruang dan kepelbagaian tadi aku tertarik dgn Word Cloud die.Jadi aku pon cuba buat aku punya word cloud sendiri.Sangat senang hanya perlu create,masukkan nama dan klik go maka word cloud korang akan terhasil.Korang juga boleh meng'adjust' font,layout dan juga colour.