Thursday, October 26, 2006

KAMI & MAMAK

Hi,selamat hari raya aidilfitri & selamat Deepavali kepada Norul dan kaum india di seluruh Malaysia dan Kubang Pasu..Kali in saje nak cite pasal kedai mamak atau maple'. Makanan mamak yang agak komersial dan antara makakan yang digemari masyarakat madani Malaysia yang aman damai ini. Kami juga memang meminati masakan mamak terutama roti canai.Antara kedai mamak yang sering kami kunjungi ialah Restoran kg Pandan kat JALAN YAP KWEN SENG (sebelah bangunan phileo) & Restoran Pelita (sebelah KLCC&BANGSAR). Restoran kg Pandan sebuah restoran yang agak selesa tempatnya, roti canai pun sedap gak, tapi salah satu tarikan utama di "mamak" ini ialah 'free wi-fi' selain tv dan projektor untuk menonton bolasepak. Pelita pula mempunyai masakan yang agak sedap dan ok juga memberikan peluang untuk pengunjung menonton perlawanan bolasepak dengan menyediakan tv-tv di restoran ini tetapi tiada kemudahan wi-fi disediakan. Ini antara gambar kami di kedai2 mamak, tapi takde gamba kedai pun. Nanti kami letak,huhu.Daa, bubye..



ni kat Pelita klcc


kat Restoran Kg Pandan

komeng ngan norul kat 'kg pandan'



0 Comments:

Post a Comment

<< Home